TNB Kedah Rugi RM1.85 Juta Akibat Banjir November Tahun Lalu

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Banjir besar yang melanda Kedah pada November tahun lepas merosakkan banyak sistem pembekalan eletrik mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah kerugian lebih RM1.85 juta.

Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Kedah, Suid Othman berkata, kerugian itu berikutan kerosakan perkakas utama seperti suis gear, kabel dan meter dimasuki air, tiang elektrik tumbang dan pencawang ditenggelami air.

"Banjir luar biasa itu juga menjejaskan 47 pencawang dan TNB telah mengambil tindakan untuk meninggikan 20 pencawang di kawasan rendah membabitkan kos RM1 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui pada majlis penyerahan sumbangan pakaian dan peralatan persekolahan 300 anak mangsa banjir dari 15 buah sekolah daerah Kota Setar, berkata projek itu dijangka siap dalam masa satu atau dua bulan lagi.

Program itu dilaksanakan bersama Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK). Yang Dipertua PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menyampaikan bantuan itu kepada murid-murid terbabit.

"TNB mengambil tindakan segera untuk menjamin keselamatan orang ramai apabila banjir melanda dan langkah menaik taraf pencawang-pencawang adalah bagi memastikan bekalan tidak terjejas," kata Suid.

Beliau berkata TNB membuka bilik operasinya 24 jam semasa bencana banjir dan mendapatkan bantuan logistik dari Pulau Pinang dan Perak dalam keadaan genting.

Tengku Zainol Rashid berkata bantuan pakaian seragam lengkap kepada 300 murid tersebut bernilai RM50,000.

"PKDK akan memainkan peranan sewajarnya untuk bersama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, penderma dan orang ramai melaksanakan tanggungjawab sosial demi kebaikan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan