Tempat Mengundi Dipindahkan Jika Banjir: Pengerusi SPR

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Berikutan hujan lebat sejak semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin akan memindahkan beberapa tempat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sekiranya kawasan berkenaan dilanda banjir.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN itu, Md Asri Amir akan menilai dan membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk memindahkan tempat-tempat pengundian yang terlibat.

Hujan lebat melanda Tenang sejak beberapa hari ini manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-kejap kadangkala lebat yang melanda beberapa kawasan di Johor dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

"Pegawai Pengurus akan menilai keadaan melalui ketua-ketua pusat mengundi itu, sama ada kemungkinan berlaku banjir atau tidak pada hari mengundi. Jika sekiranya akan berlaku, mungkin kita akan cari tempat lain yang lebih selamat, yang lebih tinggi, tak ada banjir supaya tidak susahkan pengundi-pengundi.

"Dan kita beri jaminan bahawa keputusan tersebut (memindahkan tempat mengundi) akan dihebahkan kepada orang ramai melalui media lebih awal supaya para pengundi sedia maklum mengenainya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya akan mengadakan kajian terperinci dengan agensi-agensi berkaitan termasuk SPR, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Meteorologi sebelum merangka strategi khusus untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku.

Beliau berkata, bilik gerakan di Markas Taktikal (Martek) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut beroperasi sebagai pusat maklumat bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai banjir.

Sehingga kini, Mohd Mokhtar berkata 46 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Kampung Air Panas dan Dewan Orang Ramai Lembah Bakti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman, pada Ahad ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN 17 Disember lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan