SPR Edar Kertas Undi Pos Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini (Rabu) mengedarkan 119 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada Ahad ini.

Penolong Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Mohd Farid Kassim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 101 kertas undi dikeluarkan kepada petugas SPR, 17 kepada polis dan satu kertas undi kepada seorang pengundi yang berada di Hong Kong.

Petugas SPR terbabit akan mengundi di pejabat Majlis Daerah Labis manakala anggota polis di Balai Polis Labis, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Farid berkata, satu kertas undi untuk pengundi yang berada di luar negara telah diserahkan kepada pejabat pos untuk dihantar kepada pengundi tersebut.

Beliau berkata kesemua kertas undi pos berkenaan perlu dikembalikan semula kepada SPR sebelum pukul 5 petang Ahad ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Jumlah pengundi adalah 14,753 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan