Rombakan Kecil perkukuh UMNO Terengganu - Ahmad Said

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman, dilantik Ketua Penerangan Umno Terengganu manakala Adun kawasan Rantau Abang, Datuk Zaaba Mohd Adib dilantik Bendahari dalam satu rombakan Badan Perhubungan Umno Negeri itu.

Ahmad Razif menggantikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek manakala Zaaba mengambil alih daripada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Rahin Mohd Said.

Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan pula dilantik memegang jawatan baru sebagai Pengarah Strategi Umno Terengganu selain sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Badan Perhubungan Umno negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan pelantikan-pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu di sini malam tadi.

Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan beliau selepas mengambil alih jawatan itu daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akhir tahun lepas.

Ahmad juga mengumumkan bahawa Ketua Umno Hulu Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang dikekalkan sebagai Setiausaha manakala Ketua Umno Bahagian Marang Yahya Khatib Mohamad selaku Timbalan Badan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terenggganu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno negeri.

Ahmad menyifatkan rombakan itu sebagai "hanya perubahan kecil" ke arah mengukuhkan lagi kedudukan Umno Terengganu.

"Pelantikan jawatan baru pula adalah selaras dengan kehendak Umno pusat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Ahmad berkata antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat itu ialah strategi untuk memperkukuhkan dan mempertahankan kerusi Umno dan Barisan Nasional di Terengganu.

"Segala faktor kelemahan parti juga dikenal pasti bagi membolehkan Umno dan BN merampas kembali kerusi yang dipegang oleh pembangkang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan