Ramai Anggota Dan Veteran ATM Hadapi Masalah Pendengaran

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghadapi masalah pendengaran semakin ramai dengan 22 peratus daripada mereka dikesan menghadapi masalah tersebut sejak 2000 hingga 2008.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata maklumat ini tercatit dalam penyata Lembaga Perubatan ATM.

Katanya dalam tempoh dua tahun antara 27 Jan 2008 dan 27 Jan 2009, 686 anggota tentera dikesan menghadapi masalah pendengaran berpunca dari bunyi bising semasa dalam perkhidmatan.

Jabatan Hal Ehwal Veteran pula telah membelanjakan RM760,015 untuk membiayai alat bantuan pendengaran kepada veteran ATM antara 2008 sehingga Ogos 2009, katanya ketika berucap sempena Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan 2011 di Kementerian Pertahanan di sini, Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Azizan berkata untuk itu anggota tentera disarankan mematuhi garis panduan kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah pendengaran akibat pencemaran bunyi semasa dalam perkhidmatan.

Azizan berkata punca utama penyakit itu adalah disebabkan kegagalan pihak pentadbir dan warga tentera mematuhi tatacara kerja dengan selamat.

"Saya meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa dengan langkah-langkah pragmatik yang disarankan serta dengan kerjasama dan pematuhan tatacara oleh semua pihak, kita akan dapat menurunkan peratusan mereka yang menghadapi masalah pendengaran," katanya.

Program Minggu Kesihatan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memberi kesedaran dan khidmat nasihat tentang penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat bertempat di Wisma Pertahanan selama tiga hari bermula hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan