PRK Tenang: Tok Ai Suka Melancong

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Azhar Ibrahim
Mohd Azhar Ibrahim

SEJAK diumumkan sebagai calon Barisan Nasional, kehidupan Mohd Azhar Ibrahim, 39, berubah sama sekali. Jadual hariannya padat dengan kempen serta aktiviti bertemu pengundi.

Walaupun sudah biasa bertemu dengan orang ramai ketika memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Rengit sebelum ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini mengakui tugas sebagai pegawai kerajaan dan menjadi ahli politik adalah dua perkara yang berbeza.

Biarpun beliau nampak keletihan setelah empat hari berkempen namun Mohd Azhar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ ini tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya dengan The Star dan mStar Online.

Ikuti temubual yang diadakan di rumahnya, di pekan Labis baru-baru ini.

mStar: Adakah ‘Tok Ai’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

mStar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni seperti nyanyian, menari atau bermain alat muzik?

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

mStar: Menonton wayang satu kemestian?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

mStar: Makan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

mStar: Bagaimana anda mendapat gelaran Tok Ai?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun. Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

mStar: Perkara yang anda tidak sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.

Biodata

Nama: Mohd Azhar Ibrahim, 39.

Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31.

Anak: Nur Aina Maisarah 6, Nur Arisha Najwa 3, Muhammad Haika 8 bulan.

Kelulusan: Diploma Pentadbiran Awam, Universiti Teknolongi Mara (UiTM) (1993), Ijazah Sains Politik Portsmouth United Kingdom (1996).

Pekerjaan terakhir: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Batu Pahat.

Jawatan dalam parti: Bendahari Umno Bahagian Labis (2000-2008), Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah.

Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000- kini), Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005), Setiausaha Jawatankuasa Mukim-mukim Dewan Undangan Negeri Rengit (2000-kini) dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Cawangan Rengit (2006-kini).

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:43 PM

"I Bukan Ambik Dadah... Dulu Yes!" - To'ki

Jumaat, 26 Mei 2017 4:30 PM

Sabhi Saddi Lepas Gian

Jumaat, 26 Mei 2017 3:00 PM

Anak Che Ta Pasang 'Bodyguard'

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Kolumnis

iklan

Iklan