Premis Sekolah Agama Swasta Diserbu Suruh Pelajar Kutip Derma

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini menyerbu sebuah sekolah agama swasta dekat sini kerana dikatakan mengguna pelajar bawah umur untuk mengutip derma di sekitar bandar ini dan Seremban.

Sekolah itu yang mempunyai kira-kira 50 pelajar lelaki dan perempuan diserbu oleh anggota penguatkuasa dari JHEAINS, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis.

Tiga orang tenaga pengajar, seorang daripadanya merupakan Penyelia Zon Selatan pusat tahfiz terkenal di Utara Semenanjung telah dibawa ke Balai Polis Lukut untuk diambil keterangan.

Jurucakap JHEAINS berkata, pihaknya semakin kerap menerima aduan dari orang ramai yang terserempak dengan para pelajar dari sekolah itu yang sering meminta derma menerusi jualan produk berunsur agama seperti video cakera padat, kalender Islam dan cenderamata, kebanyakannya berharga RM10.

Resit untuk nilai RM10 disediakan kepada penderma, katanya.

Salah seorang tenaga pengajar yang ditahan memberi alasan bahawa penjualan barangan itu oleh pelajar merupakan sebahagian dari kurikulum pengajian.

MPPD turut mengeluarkan saman terhadap tuan punya premis empat tingkat sekolah berkenaan yang terletak di Chuah, atas kesalahan mengubah struktur bangunan tanpa kebenaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan