Menteri Besar Perak Calon Sesuai Ketuai Pemuda Umno Kebangsaan

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

"Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan...Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

"Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda," katanya.

Katanya, Menteri Besar Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

Beliau berkata, selain itu kepimpinan serta kemampuan Zambry menerajui kerajaan negeri Perak dan mengharungi pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Ini juga bukan bermaksud kepimpinan Pemuda Umno sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu.

"Saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda Umno sekaligus kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan