Gagal Pinda Perlembagaan: MB Tidak Perlu Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu meletak jawatan walaupun gagal mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga pada persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tidak timbul isu hilang keyakinan terhadap Abdul Khalid kerana menteri besar itu mendapat undi majoriti menerusi undian belah bahagi.

"Isu letak jawatan tak timbul, menteri besar hanya tidak perolehi majoriti dua pertiga, tapi beliau dapat majoriti undi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Abdul Khalid perlu meletak jawatan kerana gagal mendapatkan sokongan majoriti untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Isnin lalu, dengan undi 34 bersetuju dan 20 menentang, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meneruskan bacaan kali kedua dan ketiga.

Kerajaan negeri memerlukan 38 undi bagi meluluskan rang undang-undang berkenaan.

Jumlah kerusi dalam DUN Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala BN 20 kerusi.

Satu lagi kerusi iaitu Pelabuhan Klang bagaimanapun diisytiharkan kosong pada 19 Januari lalu ekoran penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan.

Sidang tergempar DUN Selangor yang diadakan bertujuan bagi mengembalikan kuasa Sultan dan menteri besar dalam melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri yang kini terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran pusat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan