Amaran Hujan, Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga 1 Februari

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di beberapa kawasan di Sabah dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata, kawasan yang terlibat ialah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Beluran, Tongod dan Ranau.

"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai," kata kenyataan itu.

Sementara itu, angin kencang timur laut selaju 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang kini berlaku di perairan Condore, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Tioman, Samui, Bunguran, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga 1 Februari ini.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang kini berlaku di perairan Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri), Reef South dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga 1 Feb.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Kenyataan itu berkata kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan