Sidang DUN Selangor: Azmin-Satim Bertegang Urat Tuduh Penderhaka

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin menyaksikan babak menarik bertikam lidah antara wakil rakyat kerajaan negeri dan pembangkang.

Sama ada pihak kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Barisan (BN), masing-masing dilihat cuba menegakkan benang yang basah apabila melabelkan pihak lawan sebagai penderhaka.

Perbalahan itu bermula apabila Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendakwa Umno dan BN bertanggungjawab merosakkan institusi demokrasi negara termasuk sistem Raja Berperlembagaan.

"Umno pinda Perlembagaan negara pada tahun 1993 yang menghadkan kuasa sultan.

"Umno yang merosakkan...dan Umno yang menjahanamkan institusi demokrasi termasuk sistem Raja Berperlembagaan...sudah jelas lagi bersuluh bahawa Umno lah penderhaka kepada institusi raja," katanya pada sesi perbahasan DUN Selangor di sini, Isnin.

Sidang tergempar DUN Selangor yang diadakan hari ini bertujuan meminda Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Ia bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang kini terletak pada pertadbiran pusat.

Dakwaan Mohamed Azmin itu mengundang reaksi balas Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat secara terang menjadi penderhaka apabila mahu meminda Perlembagaan berkaitan kuasa sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurutnya pelantikan Datuk Mohammad Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru adalah saha dan telah mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Kalau sultan sudah perkenan dan majlis pelantikan telahpun diadakan pada 6 Januari lalu...maka pelantikan itu sah.

"Mengapa setelah mendapat perkenan sultan, baru kerajaan negeri nak pinda perlembagaan ini, maka derhakalah Pakatan Rakyat," katanya.

Namun Mohamed Azmin mengulangi kenyataannya yang mendakwa Umno sebagai penderhaka.

"Saya pula kata Pakatan Rakyat lah penderhaka," balas Mohamad Satim.

"Sekali lagi jawapannya ialah Umno lah penderhaka," sahut Mohamed Azmin.

Babak tuduh-menuduh itu berlanjutan dan berulang beberapa kali hingga mengundang Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk mencelah.

Beliau mengarahkan Mohamed Azmin meneruskan perbahasannya.

Mohamed Azmin menjelaskan pindaan Perlembagaan yang akan dibuat ini bertujuan 'memperbetulkan' sistem yang sedia ada.

"Ini bukan masalah peribadi, yang kami timbulkan ialah cita-cita murni Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno.

"Ini adalah soal prinsip dimana sistemnya telah dicabuli oleh Umno, maka menjadi tanggungjawab Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dikhianati oleh Umno Putrajaya dan Umno Selangor yang diperkudakan oleh Putrajaya," katanya.

Isu derhaka ini ditimbulkan oleh Menteri Besar semasa menyampaikan ucapan cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 pada sisi persidangan pagi tadi.

ADUN Ijok itu mempersoalkan siapa yang lebih derhaka sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN dalam isu melibatkan kuasa raja-raja.

"Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

"Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?" soalnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan