Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma Kenderaan Persendirian

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula 24 Januari sehingga 28 Januari.

Pemeriksaan itu merangkumi pemeriksaan asap, brek, gantungan dan gelincir sisi untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan adalah optimal.

"Pemeriksaan ini adalah secara sukarela dan kami menawarkan kepakaran kami untuk memastikan kenderaan anda selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemeriksaan percuma ini, sila hubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan