PRK Tenang: Pengundi Mahu Wakil Rakyat Yang Bertanggungjawab

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HASLINDA SHARIF
HASLINDA SHARIF

LABIS: Para pengundi di kawasan mahu bakal wakil rakyat yang terpilih sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Ahad ini membawa pembangunan dan memelihara kebajikan rakyat di kawasan itu.

Tinjauan mStar Online semasa kempen yang masuk hari keempat, Selasa mendapati, kebanyakan mereka yang ditemui tidak menghiraukan parti mana yang akan menang asalkan mampu menjalankan tanggungjawab.

Menurut Hazlinda Shariff, 28, masalah kekurangan kemudahan asas seperti hospital dan keperluan lain membataskan aktiviti penduduk di Tenang kerana mereka perlu ke bandar Segamat untuk melaksanakan urusan penting mereka.

“Kalau boleh kita mahu Labis ini dibangunkan sama seperti bandar Segamat. Bila kita ada semua kemudahan ini, penduduk di Labis tak perlu lagi ke Segamat jika ada urusan penting seperti bank dan pejabat kerajaan.

“Seperti yang saya tahu tak lama lagi di Labis ini pun akan dibina hospital untuk kemudahan penduduk. Bagi saya kemudahan ini perlu kerana ada ia merupakan keperluan asas,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Pada pilihan raya kecil kali ini BN diwakili oleh Mohd Azhar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, 39, sementara PAS menurunkan Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru sebagai calon.

Sementara itu bagi Sulaiman Rahim, 54, soal pembangunan tanah dan lesen perniagaan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh calon yang akan dipilih nanti.

“Bagi saya dua-dua calon ini kuat. Yang penting kita mahukan aspek kesamarataan dalam pemberian tanah dan lesen perniagaan penduduk di Tenang dan Labis.

“Yang penting calon yang menang perlu tolong tolong pengundi dulu. Soal pembangunan adalah perkara pokok yang perlu dilihat dengan teliti,” katanya.

Gan Chew San, 45, pula menyifatkan Normala atau cikgu Mala sebagai seorang calon yang mempunyai kredibiliti dan pandai berpidato punya peluang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.

“Sikap dia (Cikgu Mala) yang peramah memang disukai oleh pengundi Cina di sini. Dia ada personaliti yang menyenangkan hati.

“Kita tidak ada masalah siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih yang penting dia boleh buat bawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Tenang,” katanya.

Seorang lagi penduduk, S. Krishnasamy, 35, pula melihat masalah sosial di sini perlu segera dibendung bagi mengelakkan remaja di kawasan itu mensia-siakan masa muda mereka.

“Saya lihat masalah seperti melepak dan rempit di Labis makin menjadi-jadi. Ini tidak baik kepada generasi muda. Perkara sebegini perlu segera dibanteras daripada peringkat awal lagi.

“Saya harap wakil rakyat yang akan dipilih nanti memberi tumpuan kepada masalah sosial di sini. Jika generasi muda hari ini rosak siapa maka masa depan akan malap,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum ke-12 menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan