Pengembara Kapcai Sedih Tidak Dapat Sokongan Untuk Misi Harumkan Nama Msia

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agensi awam dan swasta diminta mengikiskan sikap pilih kasih ketika memberikan sokongan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin mengharumkan nama negara di persada dunia.

Sebarang usaha murni oleh rakyat Malaysia yang bercita-cita sedemikian sebaliknya, harus diberikan sokongan padu kerana ia menunjukkan kesungguhan anak-anak jati Malaysia untuk mengharumkan nama negara.

Pengembara solo motosikal kapcai ke London, Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussein berkata, tindakan segelintir organisasi yang tidak memberikan sokongan kepada misi murni itu, bukti masih wujud pemikiran lama dalam kalangan mereka bahawa kemampuan anak-anak jati Malaysia masih tidak setanding dengan orang lain.

Di sebalik kekecewaan terhadap layanan dingin yang diterimanya, Syed Hadi bagaimanapun berharap bahawa dia diberikan peluang dan sokongan untuk meneruskan misi merentasi dunia menggunakan kapcai selepas ini.

Misi itu, katanya, bukanlah satu pembaziran seperti yang dianggap oleh pihak tertentu kerana pengalaman yang ditimba bukan sahaja tidak ternilai dan tidak mungkin dibeli dengan wang ringgit bahkan juga menginsafinya dengan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk di negara-negara lain.

"Saya pernah menelefon satu pihak untuk tetapkan temu janji serta menghantar tidak kurang 2000 surat dengan harapan ia akan mendapat sokongan mereka namun tidak kesampaian.

"Apakah sambutan dingin yang mereka berikan kepada misi pemanduan kapcai secara solo saya ke London hanya kerana saya menggunakan kapcai ataupun saya sebagai seorang rakyat Malaysia?" kata Syed Hadi ketika ditemu bual dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

Ketika ditanya perancangannya tahun ini, Syed Hadi berkata dia berhasrat untuk mengumpul 5400 tandatangan rakyat Malaysia di luar negara untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sempena kemerdekaan negara ke-54 pada 31 Ogos depan. Syed Hadi memulakan perjalanan menjelajah dunia dari Kuala Lumpur pada 24 April lalu dan mengakhiri misi sejauh 30,000 kilometer dengan merentasi 24 buah negara sebelum tiba di London, pada 24 Oktober lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan