Dr Subramaniam Nafi Dakwaan Kompromi Pendirian Berhubung Interlok

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S.Subramaniam menafikan dakwaan beliau telah mengkompromikan pendiriannya bahawa novel Interlok perlu ditarik balik daripada menjadi buku teks pelajar Tingkatan Lima.

"Menerusi semua perbincangan kabinet dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, saya dengan tegas menyatakan pandangan masyarakat India, dan impak buku itu terhadap minda masyarakat serta golongan muda," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata beliau berulang kali menegaskan pada mesyuarat mingguan kabinet berhubung pendirian masyarakat India bahawa buku berkenaan perlu ditarik balik serta tidak digunakan sebagai buku teks sastera.

"Tidak ada sekelumit kebenaran pun mengenai dakwaan dan khabar angin yang disebarkan berhubung perkara itu," katanya.

Pada Isnin, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai formula bagi menyelesaikan isu novel Interlok dan akan berbincang dengan pemimpin MIC tidak lama lagi.

Kaum India di Malaysia telah membantah penggunaan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sebagai buku teks bagi mata pelajaran Sejarah Melayu Tingkatan Lima, kerana mendakwa ia mengandungi kenyataan yang tidak tepat dan menghina masyarakat berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan