Saman: Badrul Hisham Mahu Halang PRK

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim yakin tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan saman pemula di mahkamah mengenai kedudukannya merupakan taktik untuk menghalang daripada berlakunya pilihan raya kecil.

Katanya, tindakan Badrul Hisham menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defenden kedua dalam samannya jelas menunjukkan beliau tidak mahu suruhanjaya itu juga mengisytiharkan kerusinya kosong.

"Kenapa nak namakan SPR sebagai defenden kedua, cukup sekadar saya sebagai defenden dalam kes ini.

"Jadi memang jelas beliau nak elakkan daripada berlakunya pilihanraya apabil kes berlanjutan hingga satu tempoh yang lama," katanya.

Menurut Teng, sesuatu pilihan raya kecil tidak perlu dilakukan selepas tiga tahun dari tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Jadi kalau beliau berjaya lengahkan kes ini sehingga Mac 2011, pilihan raya tidak perlu lagi diadakan," katanya.

Pada 19 Januari lalu, Teng mengisytiharkan bahawa Badrul Hisham hilang kelayakan sebagai ADUN Pelabuhan Klang ekoran gagal menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan tanpa alasan kukuh.

Kekosongan kerusi berkenaan berkuat-kuasa pada 16 Januari.

Justeru, bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih ADUN yang sah dan berhak untuk menghadiri segala sidang yang berkaitan dengan tugasnya.

Badrul Hisham, memfailkan saman tersebut menerusi peguam Datuk Hafarizam Harun di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan menamakan Teng Chang Kim sebagai defendan pertama selain SPR sebagai defenden kedua.

Sementar itu Teng berkata, dalam tempoh proses undang-undang berkenaan berjalan, Badrul Hisham tidak layak menerima elaun dan menikmati keistimewaan wakil rakyat sehingga keputusan dibuat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan