PRU-13: Tiada Undi Proksi, Persempadanan Semula - SPR

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melaksanakan undi proksi iaitu sistem pengundian menggunakan wakil yang dibantah banyak pihak.

SPR turut memberi jaminan bahawa persempadanan semula tidak akan dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana kesuntukan masa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan suruhanjaya itu berkata, agak sukar untuk melaksanakannya sekiranya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini.

"Apa yang jelas juga, SPR tidak akan melaksanakan undi proksi selain sistem persempadanan tidak dilakukan pada tahun ini kerana kajian mengambil masa sehingga dua tahun iaitu sehingga 2013.

"Jika PRU ke-13 diadakan tahun ini maka kesimpulannya semua kerusi masih kekal tanpa persempadanan baru," katanya kepada pemberita selepas bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat bertemu dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini Isnin.

Dalam pada itu, Mustafa memberitahu, mereka mencadangkan supaya askar wataniah tidak dikategorikan sebagai pengundi pos.

Ini kerana, katanya, terdapat ura-ura bahawa rejimen itu akan ditempatkan di setiap kawasan Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa pula berkata, pertemuan itu bukan yang pertama kerana sudah banyakdilakukan bersama SPR.

Menurut beliau, sejak dulu sudah dibangkitkan mengenai sistem reformasi pilihan raya tanpa undi pos serta penggunaan dakwat kekal.

"Namun malangnya, perkara berkenaan tidak mendapat persetujuan daripada SPR.

"Mereka cuma kata akan melakukan penambahbaikan pada sistem baru tetapi masih belum ada pengumuman mengenainya," ujarnya.

Setiausaha Biro Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong mencadangkan agar tempoh kempen pilihan raya dilanjutkan kepada 21 hari.

Ini kerana katanya, berdasarkan sejarah kempen PRU pertama pada tahun 1959 adalah 42 hari.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan