MCA Tolak Dakwaan Tarif Air Di Johor Yang Tertinggi

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: MCA pada Isnin menolak dakwaan parti pembangkang kononnya tarif air di Johor merupakan yang tertinggi di negara ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata semakan MCA mendapati sekiranya penggunaan air tidak melebih 30 meter padu sebulan kenaikan adalah tidak melebihi RM2.

"Satu keluarga dengan lima orang, saya tidak yakin kita akan guna sehingga RM150 sebulan seperti yang didakwa pembangkang" katanya kepada pemberita selepas berdialog dengan anggota Persatuan Meninggikan Akhlak Che Thai Khor Labis di sini.

Justeru itu, katanya, MCA tidak dapat menerima dakwaan pembangkang kenaikan tarif air di Johor akan menyebabkan lonjakkan sehingga 100 peratus dalam bil air bulanan mereka walaupun purata hanya RM30 sebulan sekiranya penggunaan dalam lingkungan 30 meter padu sebulan.

Tahun lalu SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di Johor, telah membuat pelarasan tarif air yang tidak membebankan pengguna di mana kenaikan bil air pada purata RM1.85 sebulan.

Pilihanraya kecil DUN Tenang 30 Januari ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim dengan calon PAS Normala Sudirman. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan