Malaysia Menduduki Ranking Ke-27 Indeks Globalisasi 2010

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia meningkatkan kedudukan globalnya dalam Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010 apabila menduduki tempat ke-27, di belakang Australia namun mengatasi Amerika Syarikat.

Dalam Indeks 2009, Malaysia berada ditangga ke-33.

Indeks itu mengukur 60 ekonomi terbesar megikut tahap globalisasi yang berkaitan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masing-masing.

Indeks Globalisasi yang meliputi tempoh 1995 hingga 2014, mempunyai lima kriteria melibatkan keterbukaan perdagangan, pergerakan modal, pertukaran teknologi dan idea, pergerakan buruh dan integrasi budaya.

Malaysia, walaupun mendudukui tempat ke-27, mempunyai skor komposit keseluruhan 4.43, angka yang sama dengan Australia, yang menduduki tempat ke-26, manakala Amerika Syarikat yang menduduki ranking ke-28, memperoleh skor 4.41.

Pada 2009, skor komposit Malaysia ialah 3.89.

Indeks yang disiarkan oleh Ernst & Young hari ini menunjukkan Malaysia, dalam skor satu hingga 10, memperoleh 6.2 bagi keterbukaan perdagangan dan 5.04 untuk pergerakan modal.

Ia mencatat 4.13 untuk integrasi kebudyaan namun bagi pergerakan buruh, angkanya hanya 3.37 dan 3.16 untuk pertukaran teknologi dan idea.

Singapura (6.78) menduduki tempat ketiga selepas Hong Kong (7.48) dan Ireland (7.34).

Thailand pula menduduki tempat ke-37 dengan memperoleh skor 3.37, Filipina tempat ke-38 dengan 3.74, dan Indonesia ditangga ke-56 dengan 3.0.

Ernst & Young juga bekata 60 ekonomi itu akan terus berkembang kukuh diperingkat global antara sekarang dan 2014, dipacu oleh pemulihan ekonomi dunia yang berterusan, inovasi teknologi serta kemunculan pasaran membangun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan