KDN Tetapkan Tempoh Maksimum Setahun Proses Permohonan Kewarganegaraan

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menetapkan tempoh maksimum satu tahun untuk memproses dan mengeluarkan keputusan berhubung permohonan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebelum ini, tiada sebarang tempoh ditetapkan di antara permohonan rasmi dibuat sehingga keputusan permohonan itu dikeluarkan.

"Kalau dulu penetapan tempoh maksimum pemprosesan permohonan kewarganegaraan tidak wujud tetapi sekarang kita hendak jadikan (tempoh satu tahun sebagai) penanda aras.

"Kita hendak memastikan bahawa orang ramai boleh mengetahui sama ada permohonan itu lulus atau tidak...layak atau tidak dalam masa setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata inisiatif yang dilaksanakan itu ialah untuk mempercepatkan proses membuat keputusan bagi mengelakkan tertangguh tanpa sebarang keputusan untuk tempoh yang tidak munasabah.

Sebelum ini, beliau berkata ada permohonan berkenaan mengambil masa yang lama sehingga berpuluh tahun sebelum keputusan dikeluarkan.

"Perlu diingat juga, inisiatif ini digerakkan tanpa sebarang kompromi terhadap aspek keselamatan dan syarat-syarat asas yang terkandung dalam undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, berucap pada majlis tersebut, Hishammuddin berkata dalam tempoh dua tahun lepas, KDN berjaya memproses sebanyak 219,485 permohonan yang meliputi 62,604 permohonan kewarganegaraan, permohonan dan rayuan permit masuk (18,162) dan 138,719 permohonan daftar lewat kelahiran.

Katanya kini semua permohonan yang sedang diproses oleh KDN bagi ketiga-tiga perkara itu adalah permohonan yang diterima bagi tahun semasa dan tiada sebarang kes tertunggak.

Beliau berkata pada tahun ini, KDN mensasarkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 10 inisiatif di bawah agenda nilai tambah KPI kementerian berkenaan.

Katanya antara inisiatif tersebut ialah wanita bertaraf warganegara yang berkahwin dengan lelaki warga asing boleh memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara, di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut peruntukan sedia ada, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang bertaraf warganegara Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan