Jumlah Penduduk Dunia Bakal Cecah 7 Bilion Menjelang Okt Ini...

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jumlah penduduk dunia akan mencecah paras tujuh bilion orang menjelang 31 Oktober tahun ini, dengan India muncul sebagai negara paling tinggi melahirkan manusia iaitu 27 juta setahun, demikian menurut ramalan ahli demografi dunia sebagaimana yang dipetik dan dilaporkan dalam rencana Kumpulan Media Guardian yang menerbitkan akhbar The Guardian dan The Observer di United Kingdom.

Rencana tersebut yang disiarkan oleh StarTwo iaitu sisipan akhbar The Star pada Isnin menyebut manusia yang ke tujuh bilion itu bakal lahir di negeri Uttar Pradesh iaitu salah sebuah negeri di India yang paling padat dengan manusia.

Uttar Pradesh kini didiami hampir 200 juta manusia dan seandainya ia sebuah negara, ia akan menjadi negara yang keenam paling padat dengan manusia di muka bumi ini selepas Brazil.

Yang paling menakjubkan ialah jumlah kadar kelahiran di India iaitu seramai 27 juta manusia setahun adalah sama banyak dengan keseluruhan penduduk Malaysia masa kini.

Sepuluh negara dengan jumlah penduduk paling tinggi di dunia adalah seperti berikut;

1.China (1.33 bilion)

2. India (1.18 bilion)

3. Amerika Syarikat (309.6 juta)

4. Indonesia (235.5 juta)

5. Brasil (193.3 juta)

6. Pakistan (184.8 juta)

7. Bangladesh (164.4 juta)

8. Nigeria (158.3 juta)

9. Rusia (141. 9 juta)

10. Jepun (127.4 juta)

Seperkara yang menarik perhatian ialah rencana tersebut turut membincangkan isu bagaimanakah dan mampukah dunia menampung penduduk seramai itu memandangkan jarak antara jumlah pertambahan penduduk dunia dari angka enam bilion kepada tujuh bilion hanya mengambil jarak masa 12 tahun sahaja.

Dan hanya 100 tahun dahulu jumlah penduduk dunia adalah 1.6 bilion orang. Pada tahun 1927, jumlah manusia di muka bumi telah mencapai angka 2 bilion orang dan jarak antara itu dengan angka tiga bilion (1960) memakan masa 33 tahun. Jaraknya semakin pendek dari tahun 1960 hingga ke tahun 1974 iaitu hanya 14 tahun apabila jumlah penduduk bumi mencapai angka empat bilion orang.

Dari situ, jarak untuk mencapai angka satu bilion seterusnya semakin mengecil dari 13 tahun (1974-1987) kepada hanya 12 tahun (1987-1999) apabila ia mencapai ke angka enam bilion.

Dari tahun 1999 hingga menjelang Oktober tahun ini (juga dengan jarak 12 tahun) jumlah penduduk dunia akan mencecah satu bilion seterusnya menjadikannya tujuh bilion.

Namun begitu persoalan terpenting yang dilontarkan oleh rencana itu ialah mampukah makanan dunia menampung keperluan tujuh bilion manusia nanti.

Untuk mengetahui jawapannya, ikuti rencana itu sepenuhnya di StarTwo.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan