Jakim, Majlis Agama Islam Pantau Pengikut Al-Arqam Adakan "Sidang Parlimen Roh"

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Islam negeri sedang memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai 'Sidang Parlimen Roh' selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu mengikut mekanisme tersendiri memandangkan penghidup semula ajaran itu ialah seorang daripada balu Ashaari yang dikenali sebagai Ummu Jah yang kini berada di Mekah atas urusan perniagaan.

"Apabila dia berada di Mekah, kalau kita panggil (untuk disiasat) pun, dia tak akan hadir. Kita sedang memantau dengan dekat dan kita akan melihat ruang dan juga peluang yang boleh menyekat pemikiran itu yang terpesong daripada ajaran agama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra bersama pelajar Diploma Pentadbiran Islam di Institut Latihan Islam Malaysia di sini, Isnin.

Akhbar hari ini melaporkan cubaan menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam oleh Ummu Jah melalui penganjuran 'Sidang Parlimen Roh' yang didakwa telah berhimpun sebanyak 18 kali sama ada di dalam negara termasuk di Bandar Country Homes, Rawang atau di Kampung Sungai Penchala mahupun di luar negara seperti Thailand, Jordan dan Mekah.

Pada setiap persidangan, Ummu Jah akan menyampaikan amanat atau dasar-dasar kepada pengikut ajaran Al-Arqam sambil mendakwa pengasas Tarikat Aurat Muhammadiah iaitu Sheikh Muhamad As-Suhaimi dan Ashaari sendiri telah muncul secara fizikal di Mekah.

"Sidang ini sudah menyimpang daripada ajaran agama yang matlamat besarnya untuk membangkitkan roh yang didakwa Sheikh Muhamad As-Suhaimi dan Ashaari muncul di Mekah secara fizikal.

"Agama (Islam) tidak mengajar begitu," kata Jamil Khir yang menurutnya beliau berasa sedih kerana saki baki pengikut Al-Arqam yang difatwakan sebagai ajaran sesat pada tahun 1994 masih tidak menyedari bahawa ajaran itu jauh terpesong daripada agama.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menggesa umat Islam di republik itu supaya 'tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam' bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara, beliau berkata kenyataan itu boleh menyebabkan pelbagai salah tafsiran masyarakat.

"Ajaran Islam adalah ajaran yang mengajar umatnya kesederhanaan dan tidak timbul soal kita kata jangan berpegang dan sebagainnya. Saya bimbang ungkapan ini akan merebak di kalangan masyarakat yang pelbagai di Malaysia," kata beliau sambil berharap pemikiran seperti itu tidak akan didukung oleh orang-orang di Malaysia.

Katanya pengikut ajaran Islam tidak boleh dilihat sebagai kelompok yang ekstrem sedangkan ajaran Islam itu sentiasa menekankan kepada konsep hormat menghormati kepada semua agama dan bangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan