Calon BN Tak Risau Serangan Isu Peribadi

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan terperangkap dengan taktik politik kotor yang cuba dilakukan oleh pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit itu berkata beliau tidak akan gentar sekiranya PAS menggunakan isu serangan peribadi untuk menjatuhkannya sepanjang kempen kali ini.

“Saya tidak takut ancaman serangan peribadi. Saya tidak ada perkara yang mahu disembunyikan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan masyarakat tempatan di Pasar Tani Labis di sini Isnin.

Mohd Azhar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ berkata pembangkang sengaja menyebarkan maklumat palsu mengenainya bagi menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.

Bagaimanapun, Mohd Azhar berkata perkara itu akan dijelaskan kepada para pengundi apabila beliau turun berkempen.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azhar dengan calon PAS, Normala Sudirman, seorang bekas guru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, pada 17 Disember lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan kelebihan 2,492 undi.

Mengenai sambutan pengundi-pengundi kaum Cina di DUN Tenang terhadap beliau dan kempen BN, Mohd Azahar berkata penerimaan pengundi Cina setakat ini amat baik.

“Saya amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima daripada pengundi-pengundi Cina di DUN Tenang setakat ini,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan