Bolehkah Badrul Hisham Hadir Sidang Khas DUN Selangor?

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin, bukan sahaja menarik perhatian ramai untuk melihat sama ada pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu diluluskan, tetapi juga kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Bagi pengamal undang-undang Datuk Mohd Hafarizam Harun katanya walaupun Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mempunyai kuasa mengosongkan kerusi itu, ia hanya boleh disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar.

"Ini dilihat seperti mahu mengurangkan jumlah yang hadir pada sidang itu (esok) yang akan melakukan pindaan pada perlembagan negeri. Notis itu (melarang hadir) jelas Speaker ada agenda tersembunyi," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Mohd Hafarizam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teng pada Jumaat lepas bahawa Badrul Hisham tidak lagi layak menghadiri persidangan DUN esok kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.

Rabu lepas, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham, ADUN Bebas menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR pada Jumaat lepas.

Mohd Hafarizam berkata isu kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu sepatutnya dibahaskan dalam dewan, dengan Badrul Hisham dibenarkan hadir untuk memberi penjelasan.

“Apa yang diputuskan Speaker itu sebenarnya tidak muktamad. Memang Speaker mempunyai kuasa penuh dalam dewan, tetapi mengenai pilihan raya atau kekosongan kerusi, ia menjadi kuasa SPR,” katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan