Badrul Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi.

Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya tak dibenarkan masuk...pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi," katanya.

Bagaimanapun Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima surat jemputan menghadiri persidangan DUN minggu lalu sebelum speaker mengisytiharkan kekosongan kerusinya.

Badrul Hisham bagaimanapun tetap mengikuti persidangan DUN yang antara lainnya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan