PRK Tenang: Fitnah ‘Zina’ Tidak Berasas - Normala

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

“Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.

“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.

Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Penulis yang dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.

“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah ‘zina’ itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

“Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.

“Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut,” katanya.

Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.

Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan