PRK Merlimau: Umno Jasin Akan Kemuka Tiga Nama Calon

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Umno Bahagian Jasin mengemukakan tiga calon yang akan dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Beliau berkata, senarai pendek itu akan diserahkan kepadanya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk diputuskan.

"BN Melaka telah menyusun rapi jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Merlimau," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2010 Sesi Ketiga di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh di sini, Ahad.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob kepada 306 penerima yang didahului oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif Bersama NAZA Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.M.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasaan 54, akibat serangan jantung di Hospital Pakar Putra pada Khamis lepas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pertanian negeri serta Naib Ketua Umno Bahagian Jasin menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu sejak 2004.

Mengulas mengenai beberapa individu melobi untuk dinamakan sebagai calon, Mohd Ali berkata ia merupakan perkara biasa setiap kali berlakunya pilihan raya.

Beliau berkata kriteria calon yang dipilih bertanding mestilah yang mampu menang, rajin bekerja, mempunyai rekod bersih dan disenangi rakyat.

Mengenai rombakan Exco bagi menggantikan Allahyarham Mohamad Hidhir, Ketua Menteri itu berkata setakat ini belum diputuskan lagi.

"Sekarang ini saya belum fikir nak isi kekosongan itu, kita tunggu dulu, sekarang kita hendak uruskan pilihan raya (Merlimau)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan