Pembedahan Jantung Pertama Di HRPZ II, Isnin

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini bakal melakukan pembedahan jantung yang pertama seumpamanya di Pantai Timur, Isnin, kata Pengarahnya Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan.

Beliau berkata pembedahan itu akan dilakukan terhadap seorang pesakit wanita dari negeri ini yang berusia 32 tahun dan disahkan mengidap masalah jantung berlubang.

"Kita akan mulakan pembedahan pertama esok, yang dijangka bermula pada pukul 8 pagi.

"Dua pakar jantung akan terlibat dalam pembedahan itu iaitu seorang pakar bedah jantung dari HRPZ II dan seorang pakar bedah jantung negara dari Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dibantu pakar bius, doktor-doktor berkaitan dan jururawat yang kesemuanya dianggarkan seramai 15 orang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Pesakit Dalam Wad HRPZ II oleh Ahli Lembaga pelawat HRPZ II sempena Tahun Baru Cina di sini, Ahad.

Pada majlis itu sebanyak 120 kotak limau disumbangkan kepada 36 wad di HRPZ II.

Dr Ghazali Hasni berkata pihaknya menjangkakan dua pesakit akan dibedah setiap satu minggu dan jumlah itu akan ditingkatkan mengikut keupayaan dan kesesuaian.

"Buat permulaan, dalam tempoh beberapa bulan ini, pakar bedah jantung dari HPP akan membantu pembedahan jantung yang akan dilakukan pihak kita, ianya bagi membantu pihak kita pada peringkat awal ini. Selepas itu pembedahan itu akan diambil alih sepenuhnya oleh pakar bedah jantung di HRPZ II.

"Pakar bedah jantung di HRPZ II juga merupakan pakar yang terlatih dan telah melalui latihan sewajarnya ketika di HPP dengan melakukan lebih 40 pembedahan jantung di HPP," katanya.

Dr Ghazali Hasni berkata sehingga kini seramai 80 individu telah tersenarai untuk menunggu proses pembedahan jantung.

"Kesemua pesakit itu akan melalui pembedahan mengikut kategori masing-masing antaranya kes membabitkan 'pintasan koronari', injap, jantung berlubang, saluran darah membengkak dan juga turut melibatkan pembedahan penyakit paru-paru yang kesemuanya melibatkan jantung," katanya.

Perkhidmatan pembedahan jantung di HRPZ II atau dikenali sebagai 'Mini IJN' memberi peluang kepada penduduk Pantai Timur mendapatkan rawatan dan pembedahan berkaitan jantung di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur yang akan menelan kos yang lebih tinggi.

Dengan kos pembedahan yang jauh lebih murah dan berpatutan, minimum RM300 sehingga RM400 sahaja, pembedahan jantung di HRPZ II akan menjadi satu alternatif baru kepada pesakit jantung di wilayah Pantai Timur terutama negeri ini mendapat rawatan sewajarnya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan