Kementerian Pertahanan Sedia Tambah Kapal Lindungi Kapal Daripada Lanun

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Kementerian Pertahanan sedia untuk menambah sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi melindungi kapal-kapal dagang Malaysia daripada serangan lanun di Teluk Aden.

"Kita boleh tambah sebuah lagi kapal dengan syarat pihak MISC bersetuju untuk membiayai kos operasinya," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejayaan Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 5 (BM 5) menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel bersama 23 krew kapal itu yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden pada Khamis.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui ketika proses pencalonan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di sini hari ini, beliau berkata kejayaan itu menunjukkan keupayaan TLDM dalam menjaga kapal dagang yang melalui teluk yang terkenal dengan serangan lanun itu.

Ahmad Zahid berkata beliau menerima banyak panggilan daripada rakan sejawatan dari luar negara yang mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan itu dan berharap agar operasi TLDM di Teluk Aden diteruskan.

Kejadian rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman pada pukul 11.40 malam, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan 'selamat' setelah diiringi kapal TLDM itu melalui perairan Teluk Aden.

Kapal MT Bunga Laurel adalah kapal jenis 'Chemical Tanker' yang disewa khas oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan