Kelantan Tubuh Jawatankuasa Khas Jaga Kepentingan Bekas Sultan

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjaga kepentingan dan hak istimewa serta keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, berkuatkuasa 29 Disember lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan itu adalah di atas titah Sultan Muhammad V.

Jawatankuasa itu katanya, dipengerusikan beliau sendiri manakala Pengelola Istana Diraja, Datuk Ahmad Mahmood sebagai setiausaha.

Selain itu, lima dilantik sebagai anggota termasuk Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Mohd Kamil Hassan, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Hassan dan Timbalan Ketua Polis Kelantan ACP Mazlan Lazim.

Dua lagi ialah Pengarah Kampus Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan Prof Datuk Dr Wan Mohammad Wan Bebakar juga dari HUSM, katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Beliau berkata antara fungsi jawatankuasa itu ialah memastikan semua keistimewaan Sultan Ismail Petra yang telah diluluskan dilaksana selain menjamin rawatan dan penjagaan yang bersesuaian termasuk melantik panel doktor yang sesuai.

Sehubungan itu juga katanya, panel perubatan yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini dimansuhkan.

"Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sebulan sekali," katanya menambah jawatankuasa itu harus menyediakan laporan status kesihatan Sultan Ismail Petra setiap dua minggu untuk disembah maklum kepada Sultan Muhammad V.

Sementara itu bermula tahun ini, sambutan rasmi Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ditetapkan pada 11 dan 12 Nov, katanya.

Beliau berkata tarikh baru itu diwartakan sebagai hari kelepasan am Kelantan pada 23 Disember lepas.

Sebelum ini Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut pada 30 dan 31 Mac. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan