Jangan Timbulkan Isu Sensitif Agama Untuk Raih Sokongan Pada PRK Tenang

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Semua parti yang terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu menghindarkan daripada "memperdagangkan agama Islam" dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata agama Islam tidak boleh "dijual beli" atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

"Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mini Karnival Islam 2011 di sini, Ahad.

Jamil Khir berkata rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama merupakan isu yang amat menyentuh perasaan.

"Saya menasihati orang ramai supaya memahami dalam suasana semasa ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu sedar asas kekuatan negara yang makmur ini adalah keutuhan perpaduan dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional membangun dan memajukan negara ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara BN yang diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan