Anwar Yakin Pilihan Raya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.

Ini kerana katanya, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.

"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.

Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.

Mengulas lanjut, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.

"Kita sudah bersiap sedia (dengan mewujudkan) team media, pembahagian kerusi juga sudah mulakan team mereka, tetapi kita beri banyak kuasa kepada negeri-negeri untuk berbincang di peringkat negeri," kata Anwar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan