Tun Rahah Lancar Program Kesejahteraan Warga Emas

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu Perdana Menteri Tun Rahah Mohamed Noah pada Sabtu melancarkan Program Kesejahteraan Warga Emas (SAWP) Prince Court Medical Centre (PCMC), yang menawarkan program saringan kesihatan menyeluruh kepada golongan berusia 65 tahun dan ke atas.

Majlis itu berlangsung di PCMC, kemudahan penjagaan kesihatan swasta Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, di sini.

SAWP adalah program saringan kesihatan tahunan bagi warga emas untuk mengesan, mencegah atau merawat dan menguruskan dengan betul penyakit serta ketidakupayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PCMC Stuart J.V. Pack berkata, adalah penting untuk seseorang itu terus menjaga kesihatan meskipun sudah menjangkau usia emas.

"Kita perlu mula membantu mereka dan mengetepikan tanggapan bahawa apabila seseorang itu meningkat usia, segala-galanya menjadi perlahan atau akan menjadi mangsa penyakit berkaitan umur dan ketidakupayaan," katanya kepada pemberita.

Pakej lima tahun itu berharga RM5,000 bagi lelaki dan RM5,750 bagi wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan