Syabas Terima Setengah Juta Panggilan Aduan Masalah Air Sepanjang 2010

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima 506,590 panggilan aduan berhubung masalah air seperti paip pecah, paip bocor dan isu kualiti air sepanjang tahun 2010 melalui talian Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL).

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Abdul Halem Mat Som berkata kesemua panggilan itu diterima dari pelanggan prihatin Syabas di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya bagi membolehkan Syabas mengambil tindakan sewajarnya dalam kadar segera.

"Kami amat beterima kasih dan terharu dengan sokongan yang diberikan kepada Syabas oleh pelanggan yang menyalurkan aduan kepada kami melalui talian Puspel iaitu talian bebas tol 1800-880-5252 yang sentiasa beroperasi 24 jam sehari selama 365 hari setahun," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pemanggil Prihatin Syabas di sini pada Sabtu.

Beliau berkata Syabas turut memperkenalkan dua lagi saluran baru kepada pelanggan untuk menyalurkan aduan mereka iaitu melalui laman sosial Facebook dan Twitter seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Katanya menerusi laman sosial itu juga pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air serta sebarang maklumat terkini mengenai Syabas yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Abdul Halem berkata Syabas terus komited meraikan pelanggan prihatin yang sudi membuat aduan mengenai kerosakan terutamanya paip bocor di mana pada hari ini 30 pemanggil bertuah sepanjang bulan Julai hingga Disember tahun lepas menerima hadiah masing-masing.

"Program menghargai pemanggil prihatin ini telah dijalankan sejak 2005 di mana lima pemenang bertuah dipilih setiap bulan menerusi satu sistem khas di dalam data pengadu yang diterima oleh Syabas.

"Antara hadiah yang diberikan ialah televisyen plasma, televisyen LCD, pemain DVD, ketuhar gelombang mikro dan set sistem bunyi rumah," katanya.

Beliau berkata sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang, pasukan pemantau Syabas bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan orang ramai boleh menghubungi Puspel sekiranya berlaku kecemasan seperti kes pair bocor atau kejadian gangguan bekalan air. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan