Saingan Sihat Perlu Untuk Majikan Masyarakat Felda - Rozali

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan yang bernaung di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) perlu bersaing secara sihat untuk memajukan masyarakat peneroka Felda di negara ini, kata pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail.

Katanya, sikap ingin merebut jawatan pemimpin tanpa menunaikan tanggungjawab dalam persatuan boleh merosakkan masyarakat dan mencemarkan imej Felda.

"Kita hendak menjadikan masyarakat Felda sebagai sebuah masyarakat yang moden dalam serba serbi dan berjaya dalam semua bidang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Keenam Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM) di sini, Sabtu.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah anggota-anggota persatuan peneroka dari 317 buah Felda di seluruh negara serta Timbalan Pengerusi GWGF Datuk Abdullah Abu Bakar dan Presiden PPFM Saad Latib.

Sebanyak 14 persatuan yang bergabung di bawah GWGF termasuk PPFM, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda Malaysia, Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia, Persatuan Silat Generasi Felda Malaysia dan Persatuan Penerokawati Felda Malaysia.

Rozali berkata, apa yang lebih penting pengurusan dan aktiviti setiap persatuan di bawah GWGF perlu disusun dengan teliti agar menjadi contoh yang terbaik di negara ini.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Rozali menasihati PPFM supaya tidak memilih bulu dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan walaupun ada anggota persatuan itu yang berbeza fahaman politik.

"Kita kena bersatu untuk mencapai kemajuan dan memerangi mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan masyarakat peneroka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan