Raja Muda Mahu Guru Bersedia Lakukan Transformasi Pendidikan - Berita Semasa | mStar

Raja Muda Mahu Guru Bersedia Lakukan Transformasi Pendidikan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu para guru bersedia melakukan transformasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Sehubungan itu, para guru perlu bersedia berubah daripada amalan tugas biasa ke tahap yang berprestasi tinggi, sentiasa berkorban masa dan tenaga dan telus dalam tugas mereka.

Bertitah merasmikan program Titian Kasih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma di sini hari ini, baginda turut berharap para guru dapat mendidik pelajar menghayati kehidupan bersatu padu dan bertolak ansur serta menyemai semangat cintakan negara.

Baginda yang juga bekas pelajar SMK Derma berharap para pelajar sekolah kluster kecemerlangan yang pertama di Perlis itu terus berusaha untuk meletakkan sekolah tersebut sebagai sekolah berprestasi tinggi dengan berbekalkan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Sempena majlis itu baginda turut merasmikan sudut Media Derma di sekolah itu.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan