PRK Tenang: Proses Penamaan Calon Bermula

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN LABIS: Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis mula dibuka pada pukul 9 pagi ini dan akan berakhir satu jam kemudian.

Selepas masa penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi, proses bantahan pula dibuka selama satu sehingga pukul 11 pagi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang dijangka bakal menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN telah memilih bekas Penolong Tadbir Pejabat Daerah Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39 sebagai calonnya, manakala PAS diwakili oleh Normala Sudirman, 39, bekas guru.

Mohd Azhar merupakan bekas Bendahari Pemuda Umno Bahagian Labis merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negei (ADUN) Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud turut dikenali kerana beliau bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan

Sementara, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis merupakan ibu kepada tiga orang anak.

Jika ada pertandingan, proses pengundian akan berlangsung pada 30 Januari ini.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan sebanyak sembilan buah sekolah dan tiga buah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 32 saluran tempat mengundi.

Bagi melicinkan proses pilihan raya kecil kali ini, SPR telah melantik Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Labis Md Asri Amir sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Pusat penjumlahan undi rasmi pula akan diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

Pilihan raya kecil ini turut menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010..

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya, Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan