Polis Terima 30 Laporan Berkaitan PRK DUN Tenang Sejak 1 Januari

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang sejak 1 Januari lepas.

Jurucakap PDRM bagi DUN Tenang, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka manakala bakinya diklasifikasikan sebagai 'tidak ada tindakan lanjut' kerana kesalahan yang dilaporkan tidak tertakluk di bawah mana-mana akta.

"Laporan-laporan yang disiasat ini kebanyakkannya berkisar tentang ceramah-ceramah dan kempen yang diadakan tanpa permit polis, dan kita juga sedang menyiasat sebuah laporan mengenai kes fitnah," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini.

Mengenai jumlah permit yang dipohon untuk mengadakan ceramah, Abdul Aziz berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima empat permohonan daripada parti PAS.

"Dijangkakan pada sebelah petang, kita akan menerima beberapa permohonan permit," katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, menentang calon PAS Normala Sudirman, 38, dan hari pengundian telah ditetapkan pada 30 Januari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan