Pembangkang Hanya Pandai Pacak Bendera, Gagal Bawa Pembangunan - Shafie Apdal

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Parti-parti pembangkang disifatkan sebagai golongan yang hanya pandai 'pacak bendera' dan menabur janji-janji kosong tentang pembangunan negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Sebaliknya, beliau berkata Barisan Nasional (BN) telah berjaya menunaikan janjinya kepada rakyat dengan membawa pembangunan kepada setiap pelosok negara ini.

"Pembangkang ini hanya pandai pacak bendera sahaja, tetapi kita BN telah berjaya 'pacak' pokok-pokok getah, kelapa sawit, rumah dan pelbagai kemudahan lagi sebagai usaha untuk membangunkan negara ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan penduduk Orang Asli Kampung Ulu Juaseh di sini, Sabtu.

Pada tahun ini, katanya, kementeriannya akan menyalurkan peruntukan RM300 juta menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi menjayakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat terbabit.

Shafie berkata, hasil daripada pelaksanaan beberapa program, kementeriannya telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di negara ini.

"Kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli negara ini, sebaliknya kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dan membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Kata beliau, pendekatan yang digunakan oleh kementerian termasuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Orang Asli dan memberi peluang perniagaan kepada mereka. Tahun ini, katanya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) julung-julung kalinya akan menghantar lima anak Orang Asli ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran dan bilangan mereka akan ditambah dari masa ke semasa.

Shafie berkata, kementeriannya dengan kerjasama beberapa dewan perniagaan juga akan berusaha menghasilkan 500 ahli perniagaan terdiri daripada masyarakat Orang Asli pada tahun ini.

Pada majlis yang sama, Shafie mengumumkan pembinaan 10 lagi buah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Juaseh untuk masyarakat Orang Asli kampung berkenaan.

Beliau turut menyerahkan kunci rumah kepada tujuh penerima rumah PPRT di kampung berkenaan.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri kawasan Tenang diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya daripada BN, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan