K'jaan Pusat Peruntuk RM5.7 Juta Tingkat Kemudahan Perda-Tech

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) memperuntukkan RM5.7 juta tahun ini bagi meningkatkan kemudahan latihan di Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech).

Pengarahnya, Mohd Asri Baharum berkata peruntukan itu bagi pembelian peralatan latihan, penambahan program baru serta pengurusan institut berkenaan.

Katanya, institut itu yang kini hanya menawarkan 10 kursus peringkat sijil akan menawarkan satu kursus baru, Kemahiran Malaysia bagi program kimpalan peringkat diploma mulai tahun ini.

Pengambilan baru untuk program itu pada Julai ini, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, Perda-Tech juga akan mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi tiga lagi program peringkat sijil iaitu Kejuruteraan Kimpalan, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Automotif.

Perda-Tech yang terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal itu kini mempunyai 750 pelajar dan 70 kakitangan akademik dan pengurusan.

"Setiap tahun Perda-Tech mengambil kira-kira 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai kelulusan minimum bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran," kata Mohd Asri.

Beliau berkata, setakat ini terdapat seramai 6,500 lepasan Perda-Tech dan kira-kira 90 peratus daripada mereka telah mendapat pekerjaan sementara 10 peratus lagi memilih untuk melanjutkan pelajaran.

Pada tahun 2007, Pusat Latihan Perda yang menawarkan program pendidikan berasaskan kemahiran dinaiktaraf menjadi Perda-Tech.

Pusat Latihan Perda ditubuhkan pada tahun 1989 bertujuan memberi latihan kepada lepasan SPM yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian untuk satu mata pelajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan