Kerajaan Akan Pastikan Prinsip Keadilan Sosial Terus Subur Di Malaysia - PM

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kerajaan akan memastikan prinsip keadilan sosial terus subur di Malaysia bagi memberi peluang kepada semua golongan mengecapi kemakmuran negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata melalui prinsip itu, golongan tidak berkemampuan akan terus mendapat pembelaan dan menikmati kehidupan dengan adil dan saksama.

"Mereka yang mempunyai kemampuan, mampu menyara hidup dan memberi kemudahan kepada anak-anak mereka.

"Tetapi kalau (kerajaan) tidak menampung daripada usaha-usaha tertentu untuk golongan tidak berkemampuan, sistem kita akan tempang kerana tidak memberi keadilan sosial kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin kawasan Parlimen Pekan di sini, pada Sabtu.

Seramai 300 pelajar menerima sumbangan wang tunai masing-masing berjumlah RM200, basikal, beg dan pakaian sekolah sumbangan Amanah Raya Berhad dan Persatuan Warga Cinta Negara (Pencinta).

Najib berkata kerajaan bukan hanya membantu golongan miskin tegar dan mereka yang berada dalam senarai e-kasih, malah mencakupi golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya apa yang dilakukan kerajaan tidak mencukupi memandangkan bilangan mereka yang memerlukan bantuan amat besar dan pihak swasta, institusi tertentu seperti Amanah Raya Berhad dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan membantu meneruskan prinsip tersebut.

Najib berkata keadilan sosial juga memberi kelebihan dalam bidang pendidikan negara ini yang mewujudkan mobiliti sosial dan pemerkasaan individu.

Beliau berkata mobiliti sosial membolehkan anak daripada kalangan rakyat berpendapatan rendah berjaya ke tahap lebih tinggi.

"Kebanyakan negara termasuk negara maju, di kawasan yang didiami golongan berpendapatan rendah, peluang untuk mereka naik dalam tangga sosial amat tipis sekali.

"... tetapi di Malaysia banyak disebut cerita kejayaan yang menyayat hati daripada golongan serba kekurangan latar belakangnya, seperti nelayan dan petani tetapi dalam masa satu generasi saja, anak-anak mereka menjadi golongan profesional, ahli korporat dan akademik," katanya.

Sementara itu, dalam majlis penyampaian limau mandarin 1Malaysia menjelang sambutan Tahun Baru Cina selepas itu, Najib berkata kemakmuran yang dikecapi ketika ini hasil sumbangan semua kaum yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Semasa mencapai kemerdekaan, orang Melayu yang memimpin perjuangan itu juga disokong pemimpin-peminpin daripada kaum Cina dan India," katanya.

Beliau berkata kini, kerjasama semua kaum amat penting bagi mencapai kejayaan sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Ikatan itu serasi dan melepasi batas kaum. Batas kaum yang tidak ada halangan untuk sama-sama mempertahankan negara ini dan mencapai kejayaan sebagai sebuah negara yang maju," katanya.

Pada majlis itu, lebih 6,000 kotak limau mandarin diagihkan kepada penduduk sekitar Pekan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan