Kementerian Pelajaran Sedia Bantu Sekolah Agama Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Kementerian Pelajaran sedia membantu sekolah agama negeri dari sudut pembangunan infrastruktur dan pembayaran gaji tenaga pengajarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama itu tidak bermakna kerajaan Pusat akan mengambil alih pengurusan sekolah agama yang ditadbir oleh kerajaan negeri mahupun pihak swasta.

“Kerjasama ini telah pun bermula dan sudah ada beberapa sekolah agama di beberapa buah negeri dan sekolah agama rakyat. Kerajaan Persekutuan mahu melaksanakannya bagi meringankan beban kerajaan negeri.

“Namun jelas ini bukan usaha untuk ambil alih hal ehwal agama kerana seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ia merupakan bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Agama Labis di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah mewujudkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bagi meringankan beban kerajaan negeri dalam soal pengurusan dan pembayaran gaji tenaga pengajarnya.

“Sekolah agama yang dikelolakan oleh kerajaan negeri akan kekal. Kita hanya beri peruntukan kewangan bagi mengurangkan beban kos menguruskan sekolah agama.

“Kita bersedia membantu kerajaan negeri dengan membayar gaji dan elaun-elaun yang sepatutnya kepada guru-guru di sekolah agama,” katanya.

Beliau berkata, dalam belanjawan tahun ini kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM226 juta dalam bentuk emolumen serta pembayaran gaji tenaga pengajar dalam bidang pendidikan.

“Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan lebih RM70 juta untuk sekolah agama yang ditadbir oleh kerajaan negeri dan Sekolah Agama Rakyat juga layak menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan pusat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pembentangan belanjawan negara untuk tahun ini," katanya.

Jelasnya, bantuan kementerian juga meliputi latihan peringkat perguruan oleh guru-guru sekolah agama negeri dan perbincangan mengenai rombakan sukatan pelajaran di sekolah agama.

“Kurikulum mereka (sekolah agama) tidak banyak berbeza dengan kurikulum yang kita sediakan. Kalau mereka mahu kita memberikan latihan perguruan dan meneliti semula kurikulum sekolah agama, perkara ini akan dilakukan bersama-sama,” katanya.

Katanya, tujuan perkara tersebut dilaksanakan adalah bagi memastikan sekolah agama dapat diuruskan dengan lebih sempurna.

“Kita tidak ada masalah dengan sekolah agama di negeri Pakatan Rakyat kerana di Selangor pentadbirannya telah diserahkan kepada KPM. Setiap keputusan kerajaan pusat tidak melihat soal politik, kita melihat kepada kepentingan rakyat dan kepentingan pendidikan Islam bagi rakyat di negara ini,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan