Jangan Persoal Komitmen BN Terhadap Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JULAU: Komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa lebih banyak projek infrastruktur ke kawasan luar bandar di negara ini janganlah dipersoalkan atau diragui.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata ini kerana projek seperti itu selari dengan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun beliau berkata bukanlah dasarnya untuk memberikan pra-publisiti yang terlalu banyak bagi projek utama sehingga ia telah dibincangkan, dirancang, diluluskan dan bajet diperuntukkan untuk pelaksanaannya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat selepas melancarkan Kempen Galakan Membaca 1Malaysia di Rh.Ijam, Nanga Sebuntang dalam kawasan parlimennnya di sini malam Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Jalan Nanga Entabai-Rantau Limau di sini.

"Sejak saya menjadi wakil tempatan di parlimen sejak tiga penggal lepas, ia sentiasa menjadi satu projek keutamaan untuk saya.

Saya kini gembira mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM103 juta untuk projek yang akan bermula pada suku pertama tahun ini, yang merupakan antara projek jalan yang akan dijalankan tahun ini," kata Salang.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan penduduk luar bandar agar jangan menyertai mereka yang cuba menubuhkan parti pembangkang di kawasannya untuk memenuhi agendanya sendiri.

"Contohnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin sebuah parti pembangkang kebangsaan yang besar tetapi kepimpinannnya huruhara dan tidak berkesan dan kita sering dengar anggota yang kecewa meninggalkannya." kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan