Hanya Dua Calon Kemuka Pencalonan Di PRK DUN Tenang

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Hanya dua calon, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sehingga tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi Sabtu.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis di sini di buka pada 9 pagi.

Calon PAS, Normala Sudirman, 38, menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang pilihan raya kecil yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi pertama kali di Johor. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan