BN Sedar Kekuatan Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang rendah keupayaan parti lawan walaupun Johor merupakan kubu kuatnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jentera BN tidak harus memperlekehkan kekuatan lawan sebaliknya mereka perlu menganggapnya sebagai satu cabaran besar serta bekerja keras bagi mencapai sasaran untuk mencapai majoriti lebih 5,000 undi.

"Bila ada persaingan, kita tidak mahu perlekehkan calon lawan. Setiap pemimpin perlu menganggap ini sebagai cabaran besar.

“Kita mahu lihat pelan transformasi Perdana Menteri diterima baik di semua peringkat masyarakat," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon untuk pilihan raya kecilDUN Tenang di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini pada Sabtu.

Terdahulu, beliau bersama-sama lebih kurang 10, 000 penyokong BN mengiringi calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang merupakan bekas penolong pentadbir Tanah Daerah kecil Rengit berarak ke pusat penamaan calon.

PAS pula diwakili oleh Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calon mereka.

Mengulas lanjut mengenai majoriti lebih 5,000 undi yang disasarkan Muhyiddin berkata perkara tersebut dibuat untuk memberikan motivasi kepada jentera BN supaya mereka dapat bekerja dengan lebih gigih untuk mencapai sasaran tersebut.

"Kita pernah dapat majoriti itu. Itu cabaran kita. Untuk saya, itu satu sasaran. Itu usaha kita untuk memotivasikan jentera. Itu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kita. Kita hendak lihat apa hasilnya," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perkara itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan semangat serta sambutan daripada penyokong dan jentera BN pada hari penamaan calon hari ini

"Saya yakin dengan calon kita. Latar belakang cukup baik, tidak ada apa-apa masalah perwatakan.

"Lagipun kawasan ini merupakan kawasan beliau sendiri. Kriteria ini dapat membantu pengundi-pengundi buat keputusan," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin BN akan dapat mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 undi, Muhyiddin berkata peluang tetap ada samaa ada ia tercapai atau tidak bergantung kepada momentum dan mood pengundi pada hari pengundian nanti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan