Si Bankrap Dilarang Sertai Persatuan - Berita Semasa | mStar

Si Bankrap Dilarang Sertai Persatuan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Individu yang diisytiharkan bankrap tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ini kerana ia akan menimbulkan konflik kerana penubuhan persatuan adalah bertujuan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Jika seseorang yang diisytiharkan bankrap itu mempunyai kedudukan atau jawatan di dalam persatuan sudah tentu ia akan menjejaskan integriti dan kepercayaan.

“Kemungkinan si bankrap akan menyalahgunakan kuasa atau pengaruhnya demi kepentingan peribadi,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Beliau mengulas laporan mStar Online pada Rabu mengenai Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan diisytiharkan bankrap pada 9 September 1985 kerana gagal menjelaskan hutang berjumlah RM1,491,437.05.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Insolvensi pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah pengkomitan (perintah untuk menghantar ke penjara) selama sebulan terhadap Nadzim kerana kegagalan beliau memfailkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Enam Bulan kepada Jabatan itu.

Bagaimanapun beliau masih tidak perlu menjalani hukuman penjara selepas peguamnya, Pritam Singh mendapatkan perintah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dibuat secara lisan di Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.

Menurut Abdul Karim, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Pertubuhan 1966 menjelaskan bahawa seseorang yang diisytiharkan bankrap akan hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

“Nadzim merupakan salah satu kes yang membabitkan individu bankrap kerana sebenarnya ramai lagi yang masih memegang jawatan dalam persatuan juga syarikat.

“Akta Kebankrapan 1967 tidak membenarkan mereka menjadi pengarah syarikat atau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat terutama hal kewangan kecuali mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi,” katanya.

Tegas beliau, kepentingan itu juga mungkin digunakan bagi mendapatkan sumber kewangan yang membolehkannya menyelesaikan masalah kebankrapan.

Antara sekatan lain yang dikenakan individu yang diisytiharkan bankrap seperti tidak dibenarkan ke luar negara atau menjalankan perniagaan.

Kira-kira 15,000 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap pada tahun lalu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan