Putera Hulur Bantuan Kepada Rakyat Malaysia Terbabit Banjir Di Australia

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Kelab Putera Umno 1Malaysia akan menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 keluarga rakyat Malaysia yang terbabit banjir di Australia sebagai tanda prihatin untuk meringankan beban mereka.

Antara sumbangan yang akan disampaikan ialah selimut, ubat-ubatan dan bantuan pembelajaran termasuk komputer riba.

Pengerusi Kelab Putera Umno 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abd Rahim berkata 15 anggota kelab itu, termasuk beberapa pegawai perubatan, akan ke kawasan kediaman rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan.

"Sejak banjir besar melanda beberapa kawasan di negara itu baru-baru ini, turut terjejas rakyat Malaysia termasuk pelajar," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 326 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah 2010 daerah Baling, Khamis.

Abdul Azeez berkata rombongan itu akan berlepas ke Australia pada 28 Januari dan berada di sana selama seminggu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan