PRK Merlimau: SPR Tunggu Notis Speaker

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada Speakernya, Datuk Wira Othman Muhamad.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetukan tarikh pilihan raya kecil kawasan tersebut dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis rasmi daripada Speaker.

“Saya baru tanya pejabat saya tadi, surat pun tak ada lagi. Kebumi pun belum. Saya kata dengan Pengarah Pilihan Raya Melaka, kita hormatlah keluarga mangsa.

“Jangan terburu-buru. Biarlah jenazah di kebumi baik-baik dan keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Khidir Abu Hassan dapat berkumpul buat doa selamat petang ini. Kita tidak perlu terburu-buru sangat untuk paksa mereka, tidak adil lah,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas meninjau persiapan SPR di pusat penamaan calon Majlis Daerah Labis di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas mengalami serangan jantung di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, suruhanjaya itu perlu membincangkan perkara tersebut dengan teliti sebelum membuat apa-apa pengumuman.

“Sudahlah semalam tersilap. Ingatkan meninggal dunia awal. Rupanya pukul 8.10 malam baru meninggal dunia. Saya dah minta maaf dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebab maklumat yang kita terima meninggal awal.

“Jadi kita perlu hormat kepada keluarga berkenaan dan kerajaan Melaka. Tak perlu terburu-buru kita ada 10 hari dan ia akan tamat pada hari mengundi. Saya akan adakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari itu. Sekarang ini tak manislah, surat pun belum sampai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, sehingga kini SPR masih belum menerima sebarang notis mengenai kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang daripada Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

“Tak ada, Teng pun telefon saya pun tak ada, hantar surat pun tak ada. Saya sangat kenal rapat dengan dia. Saya pun bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

“Saya dapat maklumat ini daripada media mengatakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Pada Rabu, Teng mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang selepas Badrul tidak hadir pada sidang DUN selama enam bulan berturut-turut tanpa sebab munasabah.

Teng mendakwa, mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan