Pilihan Raya Serentak Kuasa PM

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak atau tidak adalah tertakluk kepada bidang kuasa Perdana Menteri.

"Saya fikir adalah terlalu awal untuk ulas soal pilihan raya serentak kerana saya pun tak tahu bila. Yang sewajarnya dalam soal sebegini kita serahkan kepada PM.

‎​"Saya tak nak katakan baik atau tidak kerana banyak perkara yg perlu diambil kira. Biasanya ia bidang kuasa Kerajaan Pusat dan prerogatif PM yang akan putuskan sesuai atau tidak.

"Tidak semestinya apabila Sarawak adakan pilihan raya negeri maka kerajaan Persekutuan perlu adakan pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlid Pecah Tanah Sekolah Agama Labis di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan mencadangkan supaya pilihan raya negeri itu diadakan serentak dengan pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, mengenai isu novel Interlok, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan akhir akan dicapai dalam tempoh terdekat sebaik sahaja perbincangan diperingkat Kabinet selesai.

"Pada asasnya kita telah menjelaskan keadaan sebenarnya. Ini kerana ada pihak yang sengaja mempolitikkan isu ini, namun jika diteliti dengan mendalam tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan.

"Pada peringkat akhir semua ahli panel yang hadir pada perbincangan itu setuju novel Interlok adalah satu novel yang baik kerana ia menyeru kepada perpaduan kaum," katanya.

Menurutnya, ada beberapa penambahbaikan akan diusulkan bagi memantapkan lagi novel tersebut.

"Ada beberapa perkara yang kita akan usulkan dan Kabinet minta kita bincang dengan pihak MIC supaya dapat beri penjelasan yang lebih.

"Antaranya ialah soal menyediakan glosari dan nota kaki serta menyediakan panduan kepada guru yang mengajar novel ini bagi mengelakkan masalah seperti ini timbul," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan