Kumpulan Pertama Malbatt 2 Dari Lubnan Selamat Kembali Ke Tanah Air

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Seramai 303 anggota Kumpulan Pertama Pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) yang melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan sejak April lepas selamat tiba ke tanah air pagi tadi.

Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Jamil Osman berkata kumpulan itu terdiri daripada 12 pegawai dan 282 anggota lain-lain pangkat serta sembilan pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Batalion yang diketuai oleh Lt Kol Rizuan Abu Bakar selaku Timbalan Komander Malbatt 2 berlepas dari Beirut pada pukul 6.45 petang semalam menggunakan MH8191 dan tiba di Pangkalan Udara Subang TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) pukul 11.10 pagi.

Berucap ketika menyambut kepulangan kumpulan itu, Jamil berkata prestasi yang dipamerkan dalam melaksanakan tugasan di kawasan yang dipertanggungjawabkan di Sektor Barat Lubnan, amat membanggakan.

"Bukti yang nyata adalah pujian dan penghargaan daripada Kerajaan Lubnan dan pemerintah Unifil terhadap komitmen dan sikap dedikasi pasukan negara yang banyak menyumbang dalam proses memulihkan keamanan di negara berkenaan," katanya.

Menurutnya hasil dari pengiktirafan yang diterima, Unifil meminta supaya bilangan anggota Malbatt ditambah pada misi akan datang.

"Kerajaan baru-baru ini meluluskan tambahan 100 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyertai Malbatt 3 yang akan bertolak Mac ini dan menjadikan bilangan anggota Malbatt itu bertambah dari 440 kepada 540 anggota," katanya.

Sementara itu seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang mempunyai masalah jantung yang diterbangkan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu tiba di pangkalan tersebut pagi ini.

Pesawat udara Hercules C-130 Hercules yang membuat penerbangan ihsan itu tiba pada kira-kira pukul 11 pagi, dan bayi berkenaan Mohd Haziq Iskandar kemudiannya dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan